China bersedia memperkasakan kerjasama dengan Filipina dalam membanteras jenayah dadah demi mencipta suasana yang sihat dan sejahtera kepada rakyat kedua-dua negara malah rantau ini.
Ikrar itu dibuat menerusi jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang media di Beijing semalam, menjelang lawatan sulung Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ke China yang dijadualkan pada minggu depan.
Geng berkata, Beijing benar-benar memahami akan iltizam Duterte untuk memerangi dadah habis-habisan di seluruh negara itu, dan akan memberi sokongan padu kepada kerajaan Filipina.
Difahamkan, antara atur cara lawatan Duterte kali ini termasuk kegiatan berkaitan antidadah.