Cari:
Ucapan Takziah Naib PM atas Kemangkatan Raja Bhumibol
2016-10-15 14:47:39 CRI Cetak

Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli berkunjung ke Kedutaan Besar Thailand di China semalam, bagi pihak kerajaan, untuk merakamkan ucapan takziah berikutan kemangkatan Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej.

Mengimbas kembali sejarah pembangunan hubungan China-Thailand, Zhang menyifatkan mendiang Raja Bhumibol sebagai sahabat sejati kepada rakyat China, kerana Baginda mencurahkan sepenuh tenaganya dalam menggerakkan usaha persahabatan kedua-dua negara.

Beliau juga memuji sikap peramah mendiang Baginda kerana disayangi rakyatnya selain memainkan peranan besar dalam memastikan kestabilan, kejayaan dan perpaduan Thailand.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China