Cari:
China Mahu Perkukuh Perkongsian Strategik dengan Myanmar
2016-10-17 11:38:26 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi di Goa, India semalam.

Xi berkata, situasi pembangunan di Myanmar semakin baik sejak kebelakangan ini. Myanmar diyakini akan terus mencapai kejayaan mengikut jalan pembangunan yang selaras dengan keadaan negara.

Beliau berkata, China komited memperkukuh persahabatan tradisional, merapatkan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang dan mengintensifkan perkongsian strategik komprehensif China-Myanmar.

Aung San Suu Kyi pula berkata, persahabatan antara Myanmar dengan China telah terjalin sejak sekian lama. Pihaknya menganggap China sebagai tetangga yang penting.

Myanmar menghargai sokongan China kepada negaranya dan menyambut baik hasrat kedua-dua negara untuk menggalakkan perkembangan hubungan dua hala dan memperkasakan kerjasama dalam pelbagai bidang, selain melaksanakan projek kerjasama sedia ada.

Hal tersebut sejajar dengan kepentingan kedua-dua negara dalam jangka masa panjang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China