Cari:
Lawatan Duterte Diharap Dorong Hubungan China-Filipina Kembali ke Landasan Betul
2016-10-18 10:44:07 CRI Cetak

China berharap agar lawatan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ke China akan meningkatkan rasa saling mempercayai dalam politik antara kedua-dua negara, mendorong penyelesaian perselisihan melalui dialog, mengintensifkan kerjasama pragmatik, meneruskan persahabatan tradisional, dan membawa hubungan China-Filipina kembali ke landasan perkembangan yang betul.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang akhbar di Beijing semalam.

Menurut beliau, Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan rundingan dengan Duterte dan membincangkan usaha membaiki hubungan dua hala, memperkasakan kerjasama dalam pelbagai bidang serta isu-isu antarabangsa dan serantau yang menjadi perhatian bersama.

Selain itu, Perdana Menteri, Li Keqiang dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Zhang Dejiang juga akan mengadakan pertemuan dengan Duterte.

Mengenai isu Laut China Selatan, Hua Chunying berkata, Presiden Duterte baru-baru ini telah beberapa kali melahirkan hasrat untuk mengadakan dialog dengan China bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Hua berkata, China bersedia untuk bersama-sama dengan negara-negara yang terlibat dengan isu Laut China Selatan, termasuk Filipina, berbincang tentang kerjasama pragmatik di rantau ini bagi melindungi keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan demi pembangunan bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China