Cari:
Projek HSR, MRT dan LRT Malaysia Tetap Diteruskan
2016-10-18 10:40:01 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan komited dan serius dalam usaha mentransformasikan industri pengangkutan awam darat negara.

Sejajar dengan komitmen itu, Najib berkata, peruntukan perbelanjaan kerajaan dalam fokus tersebut tidak akan terjejas, walaupun dalam situasi ketidaktentuan ekonomi global, khususnya dalam meningkatkan tahap kesalinghubungan rel di bandar yang dinikmati rakyat ketika ini.

Justeru beliau menjelaskan, projek-projek infrastruktur utama seperti Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) ke Singapura, Mass Rapid Transit (MRT) dan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) akan diteruskan untuk masa depan negara demi memberi kemudahan kepada rakyat dan generasi akan datang.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Laporan Lima Tahun Trans­formasi Pengangkutan Awam Darat oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sempena Simposium Pengangkutan Awam Darat 2016 semalam.

--Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China