Keamanan, kestabilan dan kemakmuran sesuatu rantau tidak bergantung pada "campur tangan" negara-negara tertentu.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying ketika mengulas sikap segelintir pegawai kerajaan Vietnam yang "menyokong campur tangan Amerika Syarikat (AS) di rantau Asia Pasifik".
Dimaklumkan, Naib Menteri Pertahanan Vietnam, Nguyen Chi Vinh baru-baru ini berkata, pihaknya mengalu-alukan campur tangan AS dan negara-negara sekutunya di Asia Pasifik asalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau dapat direalisasikan.
Hua Chunying berkata, kedaulatan, keamanan dan kepentingan sesebuah negara diadili, dikawal dan dilindungi oleh rakyat masing-masing, manakala keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau pula dipelihara melalui perbincangan dan kerjasama negara-negara di rantau tersebut, sebaliknya bukan bergantung pada campur tangan satu atau beberapa negara tertentu.