Agensi Persekitaran Negara (NEA) Singapura pada Selasa lalu mengumumkan, pihaknya telah membatalkan amaran peringkat merah wabak Zika di Aljunied Crescent dan Sims Drive di sebelah timur Singapura.
Dalam tempoh dua minggu sebelum amaran merah tersebut "ditamatkan" pada 9 Oktober lalu, tiada kes baharu dikesan.
Walau bagaimanapun, NEA akan meneruskan pemantau di kawasan terbabit sehingga hujung bulan ini.