Cari:
China, Filipina Tingkatkan Hubungan Persahabatan
2016-10-21 10:46:17 CRI Cetak

China mementingkan hubungan dengan Filipina dan bersedia meningkatkan kerjasama dan interaksi dengan negara itu dalam pelbagai bidang supaya membawa hubungan kedua-dua negara ke landasan perkembangan yang betul.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika ditemui Presiden Filipina, Rodrigo Duterte di Beijing semalam.

Li berkata, China sentiasa menganggap bahawa percanggahan dan perselisihan dua hala sepatutnya diselesaikan menerusi dialog langsung oleh pihak-pihak terbabit.

Isu Laut China Selatan tidak mewakili keseluruhan hubungan China-Filipina. Kepentingan bersama jauh lebih besar berbanding dengan perselisihan.

Beliau berkata, kedua-dua negara seharusnya mengeratkan persahabatan dan kerjasama serta mengekalkan dialog bilateral bagi menyelesaikan percanggahan.

Perkara tersebut bukan sahaja selaras dengan kepentingan bersama, malah bermanfaat bagi keamanan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran serantau.

Duterte pula menyatakan, Filipina, yang mengamalkan dasar luar yang berkecuali, bersedia untuk mengeratkan persahabatan dengan China, meningkatkan interaksi dengan China dan memperkasakan kerjasama dalam pelbagai bidang bagi mendorong hubungan bilateral berkembang ke arah yang betul.

Beliau menambah, pihak Filipina ingin mempelajari pengalaman China dalam pembangunan ekonomi dan pembasmian kemiskinan supaya meningkatkan kemampuan pentadbiran kerajaan Filipina dan turut menggalakkan pembangunan sosioekonomi negaranya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China