Cari:
Pameran Filem Barat China Dirasmikan di Singapura
2016-10-22 15:08:43 CRI Cetak

Pameran Filem Barat China anjuran Kedutaan Besar China di Singapura dan Persatuan Persahabatan Singapura-China telah dirasmikan di Pusat Kebudayaan China di Singapura semalam.

Lebih 200 orang termasuk Menteri Penasihat Kedutaan Besar China di Singapura, Fang Xinwen, Kaunselor Kebudayaan, Xiao Jianghua, Naib Pengerusi Persatuan Persahabatan Singapura-China serta tokoh-tokoh terkemuka pelbagai kalangan Singapura telah menghadiri majlis perasmian pameran tersebut.

Xiao Jianghua dalam ucapannya berkata, filem barat China yang mempertunjukkan pemandangan alam yang indah, sosiobudaya yang bersejarah dan keunikan etnik etnik yang istimewa, mendapat sambutan baik para penonton. Tiga filem yang mewakili filem barat China telah dibawa untuk ditayangkan di Singapura. Beliau berharap penonton Singapura dapat mengetahui lebih banyak tentang keadaan pembangunan dan semangat rakyat di kawasan barat China, dan rakyat Singapura dialu-alukan melawat ke Xinjiang dan Tibet, China.

Beliau menambah, pertukaran sosiobudaya memainkan peranan penting bagi meningkatkan rasa saling memahami antara rakyat kedua-dua negara dan memperkukuh persahabatan China-Singapura. Oleh itu, beliau berharap kedua-dua negara terus berusaha untuk mendorong pertukaran kebudayaan negara sepanjang Jalur dan Laluan (B&R) dan kesalinghubungan aspirasi rakayt melalui pertukaran kebudayaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China