Cari:
Li Yuanchao Sampaikan Penghormatan Terakhir kepada Raja Bhumibol
2016-10-23 14:24:10 CRI Cetak

Utusan khas Presiden China, Xi Jinping yang juga Naib Presiden China, Li Yuanchao telah melawat ke Thailand untuk menyampaikan penghormatan terakhir kepada mendiang Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej di Bangkok semalam.

Li Yuanchao ketika menemui Naib Perdana Menteri Thailand, Narong Pipattanasai berkata bahawa perkembangan hubungan China-Thailand sentiasa diberi perhatian dan sokongan oleh mendiang Raja Bhumibol Adulyadej dan keluarga diraja Thailand. Raja Bhumibol pernah berkata, "China dan Thailand yang rapat tidak dapat dipisahkan". Kedua-dua negara harus terus berusaha untuk mendorong hubungan rakan kerjasama strategik komprehensif. China bersedia berusaha bersama-sama dengan Thailand untuk mewariskan persahabatan, meningkatkan rasa saling mempercayai, mengintensifkan kerjasama agar membawa faedah kepada negara dan rakyat kedua-dua negara.

Narong Pipattanasai pula mengucapkan terima kasih kepada Li Yuanchao yang datang untuk menyampaikan penghormatan terakhir kepada mendiang Raja Bhumibol sebagai utusan khas Presiden Xi. Beliau berkata, keluarga diraja Thailand akan terus mengekalkan keazaman baginda untuk terus mendorong usaha persahabatan Thailand-China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China