Cari:
Najib: Pertumbuhan Ekonomi 2016 Dijangka 4-4.5 Peratus
2016-10-24 12:38:53 CRI Cetak

Berikutan kemerosotan ekonomi global dan kejatuhan harga minyak mentah dunia, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun 2016 dijangka antara 4 hingga 4.5 peratus, manakala sasaran bagi tahun 2017 pula 4 hingga 5 peratus.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat pada 21 Oktober lalu.

Menurut beliau, pertumbuhan ekonomi Malaysia masih kekal stabil dalam persekitaran mikro tersebut.

Pertumbuhan KDNK mencatat 4.1 peratus pada setengah pertama tahun ini.

KDNK Malaysia meningkat secara purata 6 peratus setahun dalam tempoh 60 tahun lalu.

Najib mengumumkan, keseluruhan Bajet 2017 berjumlah RM260.8 bilion, meningkat 3.4 peratus berbanding dengan Bajet 2016.

Sementara itu, perbelanjaan pentadbiran 2017 dijangka mencatat RM214.8 bilion.

Kerajaan akan berusaha untuk mengurangkan defisit fiskal daripada 3.1 peratus kepada 3 peratus pada tahun 2017, dan selangkah demi selangkah cuba untuk mengurangkan kebergantungan ekonomi negara terhadap industri minyak dan gas dengan mempelbagaikan dasar ekonomi negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China