Cari:
MH17: Dua Opsyen Pendakwaan Dikenal Pasti
2016-10-26 15:21:04 CRI Cetak

Malaysia dan negara-negara anggota Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) sedang meneruskan perbincangan untuk mengenal pasti opsyen pendakwaan bagi menuntut keadilan berhubung pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang ditembak jatuh pada 2014.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, opsyen itu adalah pendakwaan di peringkat nasional oleh satu daripada negara anggota JIT atau pendakwaan suatu tribunal antarabangsa yang diwujudkan khas oleh negara anggota JIT.

Walau bagaimanapun, keputusan antara kedua-dua opsyen tersebut adalah bergantung kepada hasil siasatan jenayah kelak.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) mengenai kaedah yang diambil kerajaan dalam menuntut keadilan terhadap kes itu.

MH17 ditembak jatuh ketika terbang pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan bergolak di Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014 hingga mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia. (Sumber dari Bernama)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China