Cari:
Kenyataan Duterte di Jepun Tidak Bercanggah
2016-10-27 11:36:13 CRI Cetak

Kenyataan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, semasa lawatan beliau di Jepun, yang menyatakan isu Laut China Selatan seharusnya diselesaikan berdasarkan Konvensyen PBB mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) tidak bercanggah dengan pendirian beliau semasa di China, iaitu memfokuskan kerjasama dan mengetepikan perselisihan pendapat.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang semalam.

Berhubung dengan isu Laut China Selatan, pihak terbabit mesti mengetepikan masalah yang tidak dapat diselesaikan buat sementara waktu dan menumpukan perhatian kepada kerjasama dan pembangunan.

Presiden Duterte juga berkata di Jepun, beliau berharap dapat menyelesaikan perselisihan pendapat itu melalui rundingan dua hala.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China