Persidangan biro pelancongan China-ASEAN yang pertama telah diadakan di Guilin, Guangxi baru-baru ini.
Persidangan tersebut bertujuan untuk menggalakkan pelaksanaan hasil Sidang Kemuncak China-ASEAN ke-18 dan ke-19, mendorong pembentukan mekanisme kerjasama antara kedua-dua pihak, membincangkan penganjuran Tahun Kerjasama Pelancongan China-ASEAN 2017 dan memperkasakan kerjasama pragmatik dalam sektor berkenaan.
Para peserta mencapai kata sepakat untuk mengintensifkan kerjasama dalam usaha mempromosi pasaran, pembangunan produk, pelaburan pelancongan, latihan modal insan serta kualiti perkhidmatan dan kesalinghubungan bagi merealisasikan pertukaran dua hala bagi 30 juta pelancong menjelang 2020.