Cari:
Xiamen Import Pisang Filipina
2016-10-27 15:13:34 CRI Cetak

Menurut Biro Pemeriksaan dan Kuarantin Keluar Masuk Dongdu Xiamen China, kira-kira 40 tan pisang Filipina telah dihantar ke Xiamen dengan kapal WANHAI pada 24 Oktober lalu.

Ini merupakan kumpulan pertama import dari Filipina selepas China mengeluarkan lesen kepada syarikat negara itu untuk mengeksport pisang dan nanas ke China.

Seiring dengan pemberian semula keizinan tersebut, prospek pasaran buah-buahan Filipina bertambah baik, selain keperluan pasaran China yang begitu besar.

Tindakan China itu telah memberikan kesan positif kepada syarikat eksport Filipina.

Sementara itu, pengimport China juga mempunyai lebih banyak pilihan pembekal asing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China