Cari:
Rondaan Bersama ke-51 di Sungai Mekong Berakhir
2016-10-29 14:28:33 CRI Cetak

Rondaan bersama kali ke-51 di Sungai Mekong yang disertai pihak penguat kuasa undang-undang China, Myanmar, Thailand dan Laos berakhir semalam.

Formasi kapal dari China, Myanmar dan Laos telah menjalankan rondaan bersama di kawasan Segitiga Emas. Pihak Thailand pula menghantar anggota penguat kuasa undang-undang ke kapal China untuk menyertai operasi berkenaan.

Dalam tempoh pelaksanaan misi tersebut, pihak-pihak terlibat telah memperhebat penguatkuasaan undang-undang di kawasan Segitiga Emas bagi membanteras pelbagai kegiatan jenayah rentas sempadan termasuk pengedaran dadah, penjualan senjata api, penyeludupan dan pendatang haram.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China