Cari:
Kes Mikrosefali Pertama di Vietnam
2016-10-31 13:51:43 CRI Cetak

Jabatan perubatan pencegahan di bawah Kementerian Kesihatan Vietnam semalam melaporkan seorang bayi perempuan berusia empat bulan yang lahir dengan otak kecil dikesan berikutan ibu bayi berkenaan disahkan positif dijangkiti virus zika ketika hamil.

Ini merupakan kes mikrosefali yang pertama dilaporkan berkaitan dengan virus zika di Vietnam. Sebelum ini, terdapat dua kes seumpama itu turut berlaku di Thailand.

Setakat ini, negara Asia Tenggara termasuk Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, Filipina, Malaysia dan Maldives pernah melaporkan kes jangkitan virus zika. Dilaporkan, sejumlah sembilan kes jangkitan virus zika yang berlaku di Vietnam semuanya berlaku di kawasan tengah dan selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China