Cari:
Guangxi Jadi Sasaran Pelajar dari Negara ASEAN
2016-10-31 13:53:53 CRI Cetak

Seminar Antarabangsa Bahasa China dan kaum Cina Asia Tenggara 2016 telah diadakan di Nanning, Guangxi pada 28 hingga 30 Oktober.

Chanselor Universiti Perguruan Guangxi, Li Fengsheng menyatakan bahawa Guangxi terletak berhampiran dengan negara ASEAN. Oleh itu, pihaknya sentiasa memperkasakan pertukaran dan kerjasama pendidikan dengan negara-negara berkenaan. Pada ketika ini, terdapat sejumlah mahasiswa dari lapan buah negara meneruskan pengajian di universiti itu.

Menurut maklumat Jabatan Pendidikan Guangxi, dalam tempoh lima tahun yang lalu, terdapat hampir 40 ribu pelajar dari negara ASEAN telah meneruskan pengajian mereka di Guangxi sehingga Guangxi menjadi pusat pengajian paling diminati para pelajar dari ASEAN di China. Guangxi telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan lebih 200 buah universiti dan sekolah negara ASEAN, di samping menawarkan biasiswa persekutuan kepada pelajar dari negara-negara berkenaan.

Selain itu, Guangxi juga telah membina sembilan pusat pendidikan dan latihan peringkat negara dalam bidang pertanian, bahasa, pentadbiran, perubatan dan kesenian. Setakat ini, lebih 6,000 tenaga profesional dari negara ASEAN telah menerima latihan secara profesional di pusat latihan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China