Jurucakap Spring Airlines, Zhang Wu'an menyatakan bahawa syarikat penerbangan berkenaan akan menawarkan beberapa laluan penerbangan antarabangsa yang baharu, antaranya termasuklah laluan penerbangan dari Shanghai ke Suratthani, Thailand dan Cebu, Filipina, di samping mengendalikan operasi penerbangan dari lebih sepuluh bandar China ke Siem Reap, Kemboja. Hal ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Spring Airlines di pasaran Asia Timur Laut dan Asia Tenggara.
Difahamkan, Spring Airlines bakal menawarkan penerbangan dari bandar Lanzhou, Yangzhou, Haerbin, Tianjin, Changchun, Beihai dan Hohhot China ke Siem Reap Kemboja pada awal bulan Disember tahun ini.