Cari:
China, Myanmar Tingkatkan Hubungan Ketenteraan
2016-11-01 13:38:36 CRI Cetak

Ketua Turus Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Parti Komunis China, Fang Fenghui telah mengadakan rundingan dengan Panglima Tentera Myanmar, Min Aung Hlaing di Beijing petang semalam.

Fang Fenghui memaklumkan bahawa Presiden China, Xi Jinping amat mementingkan perkembangan hubungan persahabatan antara China dengan Myanmar, dan sentiasa berusaha menggalakkan hubungan bilateral memasuki tahap baharu. Pihak tentera China bersedia untuk bersama-sama dengan Myanmar melaksanakan persepakatan yang telah dicapai pemimpin kedua-dua negara, memperkasakan kerjasama dalam bidang pertukaran lawatan peringkat tinggi, latihan bersama antara tentera kedua-dua negara, operasi bantuan bencana, kelengkapan dan teknologi, latihan modal insan dan kawalan di kawasan sempadan, di samping meningkatkan penyelarasan di bawah rangka keselamatan pelbagai hala.

Dalam pertemuan itu, Min Aung Hlaing juga menyatakan bahawa Myanmar berpegang teguh pada dasar satu China dan menyokong pendirian China dalam isu Laut China Selatan. Tentera Myanmar bersedia untuk meningkatkan kerjasama dengan tentera China dalam pelbagai bidang bagi mengeratkan persahabatan kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China