Cari:
Gabungan Kumpulan Pemikir Universiti China-ASEAN Ditubuhkan
2016-11-01 13:58:39 CRI Cetak

Gabungan Kumpulan Pemikir Universiti China-ASEAN ditubuhkan di Universiti Guangxi China semalam. Sebanyak 80 wakil dari Universiti China dan negara ASEAN telah menghadiri majlis perasmian pertubuhan tersebut.

Dekan Institut Pengajian China-ASEAN Universiti Guangxi, Liang Ying dalam majlis tersebut menyatakan bahawa tujuan penubuhan gabungan itu adalah untuk menggalakkan pertukaran dan kerjasama kumpulan pemikir antara universiti China dengan universiti negara ASEAN, di samping memberikan sokongan dari segi teori dan praktikal kepada kerjasama China-ASEAN dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan.

Dalam majlis tersebut, "Inisiatif Penubuhan Gabungan Kumpulan Pemikir Universiti China-ASEAN" yang menjelaskan aspek-aspek penyelidikan pertubuhan itu pada masa depan turut dikeluarkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China