Cari:
China, Malaysia Intensifkan Kerjasama dari Segenap Aspek
2016-11-02 11:07:57 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perkembangan hubungan bilateral China dan Malaysia sentiasa mencapai kemajuan yang memberangsangkan sejak hubungan diplomatik terjalin pada tahun 1974.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC), Zhang Dejiang berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang membuat lawatan rasmi ke China di Dewan Rakyat Beijing pada 1 November lalu.

Zhang berkata, Perkongsian Strategik Komprehensif dua hala yang terjalin semasa lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia pada Oktober 2013 boleh dikatakan sebagai petunjuk bagi hala tuju perkembangan hubungan China dan Malaysia pada masa hadapan. NPC bersedia untuk mengintensifkan pertukaran persahabatan dengan Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat, di samping melaksanakan dengan bersungguh-sungguh konsensus penting yang telah dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara. Kedua-dua negara perlu menawarkan kemudahan dan jaminan undang-undang bagi kerjasama ekonomi dua hala dan pelaburan perusahaan.

Najib berkata, Malaysia amat mementingkan hubungan bilateral dengan China. Negaranya bersedia untuk bekerjasama dengan China bagi mengintensifkan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China