Cari:
China dan Malaysia Tingkatkan Kerjasama dan Persahabatan
2016-11-02 13:17:56 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan rundingan di Dewan Rakyat Beijing petang semalam.

Li Keqiang menyatakan bahawa China dan Malaysia mempunyai potensi yang amat besar dalam usaha mengintensifkan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang.

China bersedia untuk menyepadukan inisiatif pembinaan "Jalur dan Laluan" (B&R) dengan strategi pembangunan Malaysia, membina projek kerjasama kapasiti pengeluaran berdasarkan Taman Perindustrian Kuantan dan Melaka Gateway, di samping menggalakkan perdagangan dua hala. Selain itu, China akan menggalakkan kerjasama dalam projek kereta api berkelajuan tinggi dan pembinaan landasan kereta api bagi menyokong kesalinghubungan di rantau ini. China juga akan memperkasakan kerjasama dalam bidang kewangan, keselamatan dan pertahanan, selain memperluas pertukaran sosiobudaya, antaranya termasuklah menyempurnakan pembukaan cawangan Universiti Xiamen di Malaysia bagi memperkukuh aspirasi rakyat dalam hubungan bilateral.

Perdana Menteri Malaysia, Najib pula berkata, Malaysia bersedia untuk berusaha bersama-sama dengan China meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang bagi melonjakkan hubungan bilateral ke tahap baharu.

Selepas rundingan itu berakhir, kedua-dua pemimpin menyaksikan pemeteraian dokumen kerjasama dua hala.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China