Cari:
Xi Jin Ping Ditemui Min Aung Hlaing
2016-11-02 16:08:41 CRI Cetak

Presiden merangkap Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, Xi Jinping telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Komander Perkhidmatan Pertahanan Myanmar, Min Aung Hliang di Dewan Besar Rakyat Beijing semalam.

Xi Jinping menegaskan, China menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah Myanmar, di samping mementingkan kestabilan dan keselamatan di kawasan sempadan China-Myanmar. Oleh itu, China berharap agar Myanmar dapat mewujudkan permuafakatan bangsa dengan secepat mungkin, sekali gus mendorong pembangunan Myanmar. Selain itu, Xi juga menaruh harapan agar China dan Myanmar mengekalkan hubungan persahabatan, memperkasakan kerjasama yang saling menguntungkan demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara. China bersedia untuk terus memainkan peranan yang membina bagi mendorong proses damai Myanmar.

Xi juga menghargai hubungan baik antara tentera China dengan tentera Myanmar dan berharap agar kerjasama pragmatik tersebut terus utuh serta memberikan sumbangan positif bagi kepentingan bersama kedua-dua negara dan memelihara keamanan dan kestabilan serantau.

Menurut Min Aung Hlaing pula, Myanmar amat mementingkan hubungan dua hala dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperkukuh hubungan tersebut. Pihaknya bersedia untuk meningkatkan interaksi dan kerjasama antara angkatan tentera Myanmar dengan China, mengekalkan kestabilan di kawasan sempadan serta mengeratkan ikatan persahabatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China