Cari:
Jepun, Myanmar Kukuh Ikatan Ekonomi
2016-11-03 14:26:16 CRI Cetak

Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi yang dalam rangka lawatan sulung rasmi selama lima hari ke Jepun mulai 1 November lalu, menyifatkan negara Asia Timur itu sebagai rakan sejati yang boleh dipercayai.

Semasa pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe di Tokyo malam tadi, kedua-dua pemimpin sepakat untuk memperkasakan kerjasama dua hala dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Sambil menekankan keterdesakannya penjalinan ikatan mesra dengan Jepun, Suu Kyi mengakui bahawa Myanmar, yang sedang mengorak langkah ke hadapan dengan melakar sejarah baharu dalam aspek pembangunan negara di bawah pimpinan Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD), tahap pembangunannya jauh ketinggalan dibandingkan negara-negara lain dan masih kekurangan kepakaran dalam bidang pelaburan dan ekonomi.

Dalam pertemuan tersebut, Abe meluahkan harapan agar lawatan Suu Kyi kali ini dapat melonjakkan hubungan dua hala. Selaku sahabat karib Myanmar, Jepun akan memberi sokongan menyeluruh kepada kerajaan Myanmar dalam sektor awam dan sektor swasta. Abe berjanji, dalam tempoh lima tahun akan datang, kerajaan dan syarikat swasta dari Jepun akan menyalurkan sebanyak JPY800 bilion atau bersamaan MYR32.49 bilion kepada negara yang sememangnya terkenal sebagai pengeluar batu jed terbesar di dunia itu, melibatkan sembilan bidang seperti pembinaan projek prasarana di kawasan desa dan penawaran peluang pekerjaan. Antaranya, sebahagian sumbangan Tokyo tersebut, iaitu JPY40 bilion (MYR1.62 bilion) khususnya disasarkan kepada kawasan berpenduduk etnik minoriti di Myanmar.

Menurut analisis Agensi Berita Kyodo, Jepun menjadikan Myanmar sebagai hab strategik di Semenanjung IndoChina. Malahan, sikap keterbukaan yang ditunjukkan Suu Kyi ketika bergaul dengan dunia Barat meletakkan negara itu semakin lantang bersuara di pentas ASEAN. Manakala Jiji Press Jepun berpendapat, percubaan Shinzo Abe itu memperlihatkan aspirasinya untuk memperkukuh lagi hubungan dengan Myanmar supaya negara itu menjadi hab geopolitik yang strategik dalam dasar luarnya.

Dilaporkan, selain mengadakan rundingan dengan Menteri Luar Jepun, Fumio Kishida pada hari ini, Suu Kyi dijadual juga akan bertemu dengan wakil-wakil usahawan Jepun, sebagai usaha menggerakkan dan merancakkan kegiatan pelaburan syarikat negara itu di Myanmar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China