Cari:
Najib Tinjau Transformasi Kota Industri Gu'an
2016-11-03 11:33:05 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menyaksikan cara China mentransformasikan Gu'an, sebuah daerah pertanian yang terletak kira-kira 50 kilometer ke selatan Beijing, menjadi sebuah kota perindustrian yang berkembang berasaskan inovasi.

Beliau yang dalam rangka lawatan rasmi seminggu ke China meluangkan masa hampir dua jam di Gu'an New Industrial City. Najib dilaporkan merupakan ketua kerajaan asing yang pertama me­lawat bandar industri itu yang kini mempunyai penduduk seramai 490,000 orang tetapi berupaya menampung populasi sehingga satu juta orang.

Najib dalam entri Facebook miliknya petang ini turut menyentuh mengenai lawatannya ke Gu'an. Beliau berkata, Gu'an merupakan bandar industri baharu yang mempamerkan pembangunan industri pada masa depan.

Perdana Menteri memberitahu, Gu'an memiliki ciri-ciri holistik, kreatif, inovatif dan dinamik.

Pendekatan pembangunan holistik daripada industri untuk perancangan bandar telah dilakukan dengan pelbagai usaha bagi memenuhi keperluan untuk rakyat Gu'an.

Kelompok berkenaan membabitkan aeroangkasa, bioperubatan, perkilangan perkakasan mewah, e-dagang dan industri perkhidmatan moden.

Gu'an kini dianggap satu tanda aras baharu kota industri masa depan dan diakui sebagai sebuah model urbanisasi bestari yang berjaya.

(sumber: Utusan Online Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China