Cari:
Pembelian Kapal LMS Jadi Sejarah Penting Malaysia
2016-11-03 11:35:49 CRI Cetak

Keputusan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membeli empat buah Kapal Littoral Mission (LMS) dari China merupa­kan se­ja­rah pen­­ting buat negara memandangkan kali pertama Malaysia membeli aset pertahanan dari negara kuasa besar tersebut.

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kapal yang dibina secara bersama antara syarikat Boustead dan China Shipbuilding & Offshore International Company (CSOC) itu dijangka siap sepenuhnya dan sedia digunakan dalam tempoh 24 bulan selepas kontrak ditandatangani.

Katanya, kos pembeliannya ditanggung sepenuhnya oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi peruntukan Program Transformasi 15-5, iaitu sebahagian daripada beberapa inisiatif yang telah dirancang bagi mencapai kecekapan penjimatan. TLDM akan menggantikan kapal lama yang memerlukan kos operasi dan selenggara yang tinggi dengan LMS yang diyakini lebih canggih dan kos yang rendah. Kapal LMS juga berupaya memenuhi keperluan semasa TLDM berdasarkan konsep fit to purpose, memandangkan kesemua kapal itu direka khas bagi menjalankan misi yang mencabar dan memenuhi standard piawaian antarabangsa.

Sementara itu, Panglima Tentera Laut, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, pihaknya yakin dengan kemampuan kapal LMS selepas membuat kajian terhadap kapal-kapal perang antarabangsa yang singgah di Pelabuhan Klang.

(sumber: Utusan Online Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China