Cari:
MH370 Terjunam Bukan Sebab Juruterbang
2016-11-03 11:40:13 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dalam laporan terbaharunya percaya, pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 terjunam dengan laju selepas kehabisan minyak, se­lain tidak melibatkan campur tangan manusia.

Menurut laporan tersebut, serpihan sayap atau bahagian flap pesawat itu juga tidak menunjukkan tanda-tanda MH370 bersedia untuk melakukan pendaratan.

Tambah laporan tersebut, satelit komunikasi pesawat itu turut berada dalam "kadar penurunan tinggi" yang konsisten ketika dilaporkan hilang atau dalam lain perkataan disebut sebagai "terjunan maut".

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang pada Mac 2014 semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan masih misteri sehingga kini.

(Sumber: Utusan Online Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China