Cari:
Najib Naiki Kereta Api Berkelajuan Tinggi ke Tianjin
2016-11-03 16:10:55 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini (3 November) mengadakan lawatan setengah hari ke bandar Tianjin, sebuah bandar pelabuhan utama di timur laut China.

Beliau bersama rombongannya menaiki kereta api berkelajuan tinggi (HSR) dari Beijing yang hanya mengambil masa 30 minit ke Tianjin sejauh 138.6km, berbanding dengan perjalanan menaiki kenderaan yang mengambil masa hampir dua jam.

Ketibaan Najib disambut Naib Datuk Bandar Kerajaan Perbandaran Tianjin, Zhao Haishan.

Najib akan menyaksikan acara menandatangani Perjanjian Operasi untuk projek penyahgaraman air laut dan pembuatan garam antara syarikat Xianda dari Malaysia dengan Suruhanjaya Pembangunan Kawasan Ekonomi-Teknologi Tianjin.

(Sumber: Bernama Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China