Cari:
Najib: Malaysia, China Sepakat Pertahan Rantau Laut China Selatan
2016-11-04 11:24:11 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Malaysia dan China sepakat untuk mempertahankan keamanan, kestabilan dan kemakmuran wilayah jika wujud masalah di rantau Laut China Selatan.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berkata demikian dalam sidang media selepas mengetuai delegasi Malaysia dalam pertemuan dengan kerajaan China yang diketuai Presiden China, Xi Jinping di Beijing pada malam 3 November lalu.

Najib berkata, kedua-dua negara tidak mahu isu tuntutan menjadi isu yang boleh mengganggu-gugat kestabilan Asia Tenggara atau Laut China Selatan. Malaysia dan China akan berhubung secara langsung jika wujud ancaman di kawasan berkenaan.

Menurut Najib, soal kedaulatan bukan perkara yang mudah dan mungkin memakan masa tetapi tidak harus menjadi masalah yang membuatkan Laut China Selatan tidak lagi aman, stabil dan makmur.

(sumber: Berita Harian Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China