Cari:
Harap Hubungan Diplomatik Dikembangkan dengan Semangat Keterbukaan,Toleransi dan Ikhlas
2016-11-04 13:57:18 CRI Cetak

China berharap agar negara-negara berkenaan akan mengembangkan hubungan dengan negara lain berlandaskan sikap dan semangat keterbukaan, toleransi dan ikhlas.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying ketika mengulas pengumuman Jepun berhubung dengan bantuan kepada Myanmar.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe selepas bertemu dengan Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi memaklumkan bahawa Jepun akan menyalurkan bantuan sebanyak JPY800 bilion kepada Myanmar. Agensi Berita Kyoto melaporkan bahawa Abe berharap dapat menyekat China dan melemahkan pengaruh ekonomi dan politik China di Asia Tenggara melalui pengukuhan hubungan Jepun-Myanmar.

Dalam sidang media semalam, Hua menyatakan bahawa sebagai tetangga yang baik, China menyokong usaha Myanmar menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan pelbagai negara dan berharap agar masyarakat antarabangsa juga mengambil tindakan yang praktikal dan menghulurkan bantuan yang ikhlas demi kestabilan pembangunan Myanmar dalam jangka masa panjang.

Hua menyatakan bahawa China sentiasa mengembangkan hubungan diplomatik yang normal dengan negara lain tanpa menyasarkan pihak ketiga.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China