Cari:
UMNO: Najib Cipta Sejarah Hubungan Diplomatik Lebih Besar Dengan China
2016-11-05 15:37:31 CRI Cetak
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mencipta sejarah hubungan diplomatik yang lebih besar antara Malaysia dan China, dan bukannya menggadai negara.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa berkata demikian kepada pemberita pada Program Siri Jelajah Penerangan UMNO di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan di Kota Bahru Malaysia malam 4 November lalu.

Beliau berkata kerjasama strategik kedua-dua negara itu akan membuahkan impak yang sangat besar termasuk dalam bidang ekonomi dan perdagangan Malaysia. Perdana Menteri Malaysia berjaya untuk bersama China dalam melaksanakan dasar Jalur&Laluan (B&R) dan Laluan Sutera Maritim, ini satu polisi yang mempunyai impak kepada ekonomi dan perdagangan global yang sangat besar.

Annuar berkata usaha Najib meningkatkan hubungan Kuala Lumpur-Beijing wajar dialu-alukan semua pihak kerana tidak banyak negara mendapat peluang sedemikian.

(Sumber: Bernama Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China