Cari:
Persidangan Usahawan Malaysia-China ke-6 di Chengdu
2016-11-07 11:48:03 CRI Cetak

Persidangan Usahawan Malaysia-China (MCEC) ke-6 diadakan di Chengdu, provinsi Sichuan China semalam.

Persidangan yang bertemakan "membangunkan jalan sutera bersama " itu telah disertai kira-kira 500 wakil dari syarikat China dan Malaysia.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato' Sri Liow Tiong Lai menyifatkan kejayaan pembangunan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) bergantung pada persefahaman antara rakyat pelbagai negara.

Sebagai sebuah negara yang didiami oleh masyarakat majmuk yang kaya dengan pelbagai tamadun dan budaya, Malaysia akan menjadi rakan strategik yang paling baik bagi China dalam pembinaan B&R, di samping menjalinkan kerjasama dalam usaha meneroka pasaran ASEAN, Asia Barat dan Asia Selatan.

Liow Tiong Lai berharap agar kedua-dua negara meningkatkan sinergi dalam bidang kapasiti industri.

Ketika menyentuh kerjasama antara Malaysia dengan provinsi Sichuan, Liow Tiong Lai berkata, Chengdu adalah bandar yang penting di kawasan barat China, maka Malaysia berharap dapat mengambil bahagian dalam usaha menggalakkan pembangunan ekonomi di kawasan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China