Pada 4 November lalu, Kapal Zhenghe Tentera Laut China tiba di Pelabuhan Tanjung Priok, Jakarta untuk memulakan lawatan selama empat hari ke Indonesia.
Ketibaan kapal itu disambut Duta Besar China, Xie Feng, Kaunselor Delegasi China ke ASEAN, Lu Jing, Atase Zhou Jian dan pegawai Kedutaan serta wakil-wakil syarikat China, pelajar China dan perantau China, di samping anggota tentera Markas Ketiga Angkatan Tentera Laut Indonesia.
Indonesia merupakan destinasi pertama bagi kapal Zhenghe dalam menjalankan misi latihan dan lawatan.
Dalam tempoh lawatan tersebut, komander tentera China, Yan Zhengming akan bertemu dengan pemimpin Markas Ketiga Angkatan Tentera Laut Indonesia dan Markas Maritim Angkatan Tentera Laut Indonesia, di samping melawat ke bahagian utara bandar Jakarta.
Aktiviti pertukaran antara anggota tentera kedua-dua negara juga akan diadakan antaranya termasuklah lawatan muhibah ke kapal, pertandingan sukan dan jamuan geladak.
Selain itu, rombongan China akan mengunjungi universiti dan rumah anak yatim.