Polis Indonesia semalam menyoal siasat Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok, kerana disyaki menghina agama Islam.
Jika didapati bersalah, gabenor yang beragama Kristian itu boleh dipenjara sehingga lima tahun.
Pihak polis berikrar akan menjalankan siasatan dengan adil dan telus, manakala Ahok juga berjanji akan terus memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang menyiasat kes berkenaan.
Sebelum ini, demonstrasi besar-besaran yang disertai antara 100,000 hingga 200,000 penunjuk perasaan itu adalah sebagai tanda bantahan terhadap Ahok yang didakwa menghina al-Quran semasa berkempen bagi pilihan raya gabenor Jakarta.
Susulan timbul kemarahan berhubung dengan ucapannya, Ahok telah membuat permohonan maaf dan memberitahu, beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan umat Islam dan ucapannya telah disalahertikan.