Cari:
Brunei Berhasrat Tingkat Kerjasama dengan China
2016-11-08 14:45:41 CRI Cetak

Timbalan Menteri Kewangan Brunei Darussalam, Dato Mohd Amin Liew berkata di Seri Begawan semalam, pihaknya berharap dapat meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan pelbagai negara termasuk China.

Langkah tersebut bertujuan untuk mempelbagaikan ekonomi dan mengurangkan kebergantungan ekonomi negara itu terhadap hasil petroleum dan gas asli.

Menurut beliau, Brunei dan China mempunyai hubungan bilateral yang kukuh dan bersejarah.

Brunei telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang pelaburan dan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai syarikat dari China.

Selain itu, pembinaan Koridor Ekonomi Brunei-Guangxi, China sedang rancak dilaksanakan.

Selain Wilayah Autonomi Guangxi yang berpenduduk Zhuang, Brunei juga berhasrat untuk meningkatkan kerjasama dengan pelbagai provinsi lain di China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China