Kerajaan Indonesia melancarkan Minggu Prasarana mulai 8 hingga 11 November, dengan memperkenalkan kira-kira 350 projek kemudahan awam kepada pelabur tempatan dan asing.
Difahamkan, antara yang ditawarkan termasuklah projek pembinaan Pelabuhan Kuala Tanjung, Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, laluan pelayaran Bitung-Davao di wilayah Sulawesi Utara, kereta api berkelajuan sederhana Jakarta-Surabaya, lebuh raya Yogyakarta-Solo, dan lain-lain.
Minggu Prasarana itu dijangka menarik kehadiran kira-kira 18 ribu pelabur asing.