Ekspo Perniagaan dan Pelancongan Antarabangsa China-Vietnam 2016 yang dirasmikan di Dongxing, wilayah autonomi Guangxi yang berpenduduk Zhuang semalam, berjaya menarik kehadiran pegawai, sarjana dan usahawan dari dalam dan luar negara antaranya Malaysia, Thailand dan Vietnam.
Ekspo tahunan yang dilancarkan sejak sedekad lalu itu merupakan satu wadah antarabangsa untuk merancakkan kegiatan perdagangan di sempadan China-Vietnam serta menjayakan kerjasama dalam bidang pelancongan dan sosiobudaya.