Cari:
Hubungan China dengan Semua Negara Wajar
2016-11-10 15:32:53 CRI Cetak

Keinginan beberapa negara untuk menjalinkan hubungan yang erat dan mesra dengan China adalah keputusan yang wajar setelah kerajaan negara itu mempertimbangkan kepentingan rakyat masing-masing.

Komen itu dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media di Beijing semalam, berikutan timbul desas-desus susulan tindakan Presiden Filipina Rodrigo Duterte dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak masing-masing melakukan lawatan rasmi ke China baru-baru ini.

Lu Kang menegaskan bahawa kedua-dua pemimpin tersebut menunjukkan hasrat yang kuat untuk merapatkan lagi hubungan dengan China demi merealisasikan matlamat pembangunan damai dan kerjasama yang saling menguntungkan.

Oleh itu, China akan terus mengamalkan prinsip kejiranan yang baik dan mesra dalam dasar luar dan berusaha mewujudkan hubungan yang baik dengan semua negara termasuk Malaysia dan Filipina.

Maka, ideologi "pro-China" atau "anti-China" bukanlah satu-satunya kriteria untuk meneliti status hubungan China dengan sesebuah negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China