Forum Kerjasama Kapasiti Pengeluaran Antarabangsa China-ASEAN pertama akan diadakan di kaunti Pan, provinsi Guizhou, China pada 17 November.
Setiausaha Jawatankuasa Kaunti Pan Parti Komunis China, Fu Guoxiang menyatakan bahawa kerjasama China dan ASEAN antara komponen penting dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R). Oleh itu, kaunti Pan akan membuka minda, menggunakan kelebihan sendiri, berusaha menggalakkan kerjasama kapasiti pengeluaran antara China dengan ASEAN supaya memberikan manfaat kepada rakyat negara-negara terlibat.