Cari:
Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Pertahanan ASEAN Di Laos
2016-11-17 11:38:57 CRI Cetak

Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Pertahanan ASEAN diadakan di Vientiane, Laos semalam. Mesyuarat tertutup semalam telah membincangkan ancaman dan cabaran keselamatan serantau dan dunia.

Pengerusi mesyuarat, Menteri Pertahanan Laos, Chansamone Chanyalath ketika berucap pada mesyuarat semalam berkata, rantau ini masih menghadapi ancaman dan cabaran keselamatan tradisional dan bukan tradisional. Keadaan ini tidak dapat diselesaikan oleh sebuah negara semata-mata.

Menurut beliau, situasi serantau dan dunia terus mengalami perubahan yang rumit dan pesat. ASEAN dan masyarakat antarabangsa akan terus menumpukan cabaran dan pembangunan pelbagai rantau dan dunia.

Beliau menjelaskan bahawa cabaran itu termasuklah keganasan dan ekstremis, malapetaka alam dan perubahan alam sekitar yang memberikan tempias kepada kehidupan umat manusia dan pembangunan pelbagai negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China