Cari:
Malaysia Raih Manfaat Inisiatif China
2016-11-17 16:45:47 CRI Cetak

Forum Kerjasama Kapasiti Pengeluaran Antarabangsa China-ASEAN bermula hari ini di Tuole, kaunti Pan, provinsi Guizhou China. Kehadiran kira-kira 303 para delegasi dari 10 negara ASEAN dalam forum kali ini adalah untuk berbincang tentang cara untuk memanfaatkan peluang dan membuka seluas-luasnya ruang kerjasama antara kaunti Pan, khususnya dengan negara ASEAN dalam pelbagai bidang.

Ketika menyampaikan ucapan pada majlis pembukaan forum, Konsul Perdagangan Malaysia di China, Puan Razida Hanim Razak berkata, kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dan China yang terus berkembang stabil dan pesat pada ketika ini disokong oleh hubungan politik yang erat dan utuh, di samping pelbagai pertukaran dalam sektor perniagaan pada peringkat tinggi.Sejak tahun 2009, China telah diiktiraf sebagai rakan dagang Malaysia yang terbesar, dengan jumlah perdagangan mencatat USD59.1 bilion daripada keseluruhan perdagangan Malaysia pada tahun 2015.

Menurut beliau, Kerjasama dan penglibatan yang aktif kedua-dua pihak dalam sektor perdagangan telah membuka laluan kepada pelabur Malaysia untuk menembusi pasaran China. Syarikat-syarikat korporat Malaysia seperti Petronas, IOI Group, Parkson Group, Genting-Secret Garden, Sime Darby, dan lain-lain telah mula membina nama dan tapak di China.Tambah beliau lagi, Malaysia berkongsi pendapat dengan China bahawa cara terbaik untuk berdepan dengan turun naik ekonomi global adalah dengan memperkukuh ikatan kerjasama dan mewujudkan situasi menang-menang, di samping mengekalkan pertumbuhan dalam perdagangan dan pelaburan.Seiring dengan pelaksanaan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) dan pelbagai perjanjian serantau seperti Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China, Malaysia kini telah meraih manfaat daripada penonjolan China di pentas dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China