Cari:
Forum Kerjasama Kapasiti Pengeluaran China-ASEAN
2016-11-17 13:14:05 CRI Cetak

Forum Kerjasama Kapasiti Pengeluaran Antarabangsa China-ASEAN pertama diadakan di kaunti Pan, provinsi Guizhou, China hari ini. Kira-kira 140 orang dari China dan negara ASEAN menghadiri forum ini.

Naib Pengerusi Jawatankuasa Provinsi Guizhou Kongres Rakyat China, Fu Chuanyao menyatakan bahawa kerjasama China dan ASEAN berpotensi besar berikutan proses integrasi ekonomi dunia dan kedudukan geografi China dan ASEAN di rantau ini.

Ketua Majlis Perdagangan China-ASEAN, Ma Ningning pula berkata, masih terdapat beberapa masalah dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN. Kerjasama kapasiti pengeluaran dapat membantu untuk menghapuskan beberapa sekatan bukan tarif, meningkatkan pemahaman dasar masing-masing demi mewujudkan pembangunan berterusan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China