Cari:
Sambutan Bulan Bahasa Melayu di BFSU
2016-11-19 15:12:10 CRI Cetak

Aktiviti Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (Melayu) anjuran bersama Universiti Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) dan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) pertama kali diadakan di BFSU pagi tadi.

Lebih kurang 60 orang termasuk Penyandang kursi pengajian bahasa Melayu BFSU, Datuk Prof Dr. Awang Sariyan, Pengarah Pusat Pengajian Melayu BFSU, Prof Wu Zongyu, Prof Madya Dr Mohd Rashid Md Idris dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, pensyarah dan mahasiswa dari jurusan bahasa Melayu BFSU, dan Universiti Komunikasi China (CUC), pelajar Malaysia yang menuntut bahasa Mandarin di BFSU dan Universiti Kebudayaan dan Bahasa Beijing (BLCU) telah menyertai aktiviti kali ini.

Datuk Dr. Prof Awang Sariyan

Datuk Dr. Prof Awang Sariyan menyatakan bahawa sambutan bulan bahasa kebangsaan ini diadakan di BFSU amat istimewa dan bermakna sebab terdapat dua bahasa digunakan serentak, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Mandarin yang telah melambangkan betapa rapatnya hubungan persahabatan Malaysia-China.

Prof Wu Zongyu

Prof Wu Zongyu sebagai pengasas jurusan bahasa Melayu di BFSU menyatakan bahawa beliau berasa sungguh gembira melihat begitu banyak pelajar China membelajari dan menguasai bahasa Melayu, pada waktu yang sama semakin ramai pelajar Malaysia datang ke China untuk belajar bahasa China. Menurut beliau, setakat ini sudah terdapat 10 buah universiti menawarkan jurusan bahasa Melayu di seluruh China.

Pelbagai acara persembahan termasuk nyanyian, tarian, penyampaian sajak dan lain-lain telah diberikan untuk memeriahkan aktiviti sambutan kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China