Cari:
Xi Jinping Ditemui Presiden Vietnam
2016-11-20 14:25:05 CRI Cetak

Presiden China Xi Jinping telah bertemu dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, Tran Dai Quang di Lima, Peru semalam. Dalam pertemuan tersebut, Presiden Xi berkata, China dan Vietnam mempunyai kepentingan bersama yang meluas. Kedua-dua negara perlu mendorong hubungan China-Vietnam terus berkembang secara sihat dan stabil demi kepentingan rakyat kedua-dua negara.

Dalam situasi baharu kini, kedua-dua negara perlu mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dan komunikasi mengenai isu yang menarik perhatian bersama. Selain itu, kedua-dua pihak perlu terus meningkatkan kualiti dan taraf kerjasama hakiki, mendorong pembinaan zon kerjasama ekonomi rentas sempadan dan program kerjasama infrastruktur, serta berusaha mencapai hasil peringkat awal dalam kerjasama kapasiti pengeluaran.

Presiden Xi menyatakan perselisihan antara kedua-dua negara perlu diselesaikan melalui dialog dan rundingan dua hala. Kedua-dua pihak perlu mengekalkan prinsip mengetepikan perselisihan dan meneroka bersama, agar menangani masalah berkenaan dengan baik dan melindungi keamanan serta kestabilan Laut China Selatan.

Tran Dai Quang pula menyatakan bahawa parti dan kerajaan Vietnam akan terus berusaha mengembangkan hubungan rakan kerjasama strategik komprehensif dengan China. Pihaknya berasa gembira melihat hasil kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang telah membawa manfaat kepada rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China