Cari:
15 Orang Hilang Kapal Berlanggar di Indonesia
2016-11-20 14:29:25 CRI Cetak

Menurut pegawai Indonesia, sebuah kapal kargo milik Vietnam berlanggar dengan sebuah kapal penumpang Indonesia di kawasan perairan berhampiran Jawa Timur, Indonesia semalam. Kemalangan tersebut mengakibatkan kapal penumpang Indonesia karam. Setakat ini, 12 orang penumpang telah berjaya diselamatkan, manakala 15 orang lagi masih hilang.

Pegawai dari Agensi Pengurangan Bencana Indonesia mendedahkan bahawa dua kapal tersebut berlanggar pada pukul 4.10 pagi semalam waktu tempatan. 22 anak kapal dalam kapal kargo Vietnam selamat, manakala 12 orang penumpang dalam kapal Indonesia pula diselamatkan dan dihantar ke hospital. Kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China