Cari:
TPM Malaysia Terima Kunjungan Panglima Tentera China
2016-11-22 11:29:49 CRI Cetak

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan Panglima Angkatan Tentera China, Jeneral Fang Fenghui di Kuala Lumpur, semalam.

Zahid menyifatkan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke China sebagai amat berjaya.

Pertemuan beliau dengan Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri China, Li Keqiang telah membuahkan hasil yang memuaskan.

Malaysia bersedia untuk memperkasakan kerjasama ketenteraan dengan China dalam pelbagai bidang dan mendorong perkongsian strategik komprehensif Malaysia-China terus berkembang maju.

Fang berkata, Presiden Xi amat mementingkan hubungan dengan Malaysia.

China bersedia untuk bersama-sama dengan Malaysia melaksanakan persepakatan yang telah dicapai oleh kedua-dua pemimpin, mengukuhkan rasa saling mempercayai, mengintensifkan kerjasama pragmatik, sekali gus menggalakkan perkembangan hubungan ketenteraan dua hala yang sihat dan stabil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China