Cari:
Singapura Perkenal Talian Bantuan Antipenipuan
2016-11-23 13:10:37 CRI Cetak

Majlis Pencegahan Jenayah Singapura (NCPC) memperkenalkan Talian Bantuan Antipenipuan untuk memberi khidmat dan konsultasi kepada orang awam, selepas kegiatan penipuan dalam talian semakin berleluasa.

Menurut Naib Pengerusi NCPC, Gerald Singham, kurangnya akses kepada maklumat berkaitan menyebabkan mangsa mudah ditipu berkali-kali.

Polis Singapura menerima laporan sebanyak 249 kes penipuan penyamaran sejak Julai hingga September lalu, lebih tinggi daripada enam bulan pertama tahun ini yang mencatatkan 179 kes.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China