Cari:
Persahabatan PLA, ATM Kukuh Menerusi Demonstrasi Pertempuran
2016-11-25 14:51:26 CRI Cetak

Eksesais Aman Youyi 2016, latihan ketenteraan bersama antara Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memasuki hari ketiga di Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor, 24 November lalu. Eksesais yang dilaksanakan secara Staff Exercise (STAFFEX) dan Field Training Exercise (FTX) bermula pada 21 hingga 25 November itu membabitkan beberapa aktiviti penting, antaranya termasuk 'survival di hutan'.

Malaysia, sebuah negara tropika, dianugerahi sumber hutan asli bernilai tinggi, dan kaya dengan pelbagai spesis flora dan fauna. Alam sekitar di sana membolehkan semua anggota ATM mempunyai kemahiran dan pengalaman bertahan hidup dalam keadaan kritis di tengah hutan belantara. Semangat dan kepakaran yang ditunjukkan anggota ATM meninggalkan kesan yang mendalam kepada Leftenan Liu Jungang dari PLA. Liu menghargai mereka cukup cekal, berani, gagah dan tabah dari segi mental dan fizikal ketika menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan di dalam hutan. Teknik-teknik seperti menyalakan api, mencari air minuman, melakukan pemburuan dan membina tempat perlindungan sementara di hutan merupakan kemahiran biasa bagi semua anggota tentera Malaysia.

Komandan Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) Malaysia, Kolonel Abdul Halim Ismail ketika diwawancara pemberita Radio Antarabangsa China (CRI) menyatakan bahawa sejak dinaikkan ke pangkat leftenan, beliau sentiasa dikerahkan untuk menjalankan misi rondaan di dalam hutan selama sembilan bulan pada setiap tahun. Inilah tugas yang wajib, sama seperti anggota PLA yang digerakkan ke kawasan gunung-ganang demi kedaulatan dan keselamatan di sempadan China. Menurut beliau, mereka yang boleh "hidup" dalam keadaan cukup mencabar, barulah mampu menyelesaikan misi yang ditugaskan. Di bawah bimbingannya, semua anggota PLA menguasai dan mengaplikasikan beberapa kemahiran.

Selepas selesai latihan intensif, anggota tentera kedua-dua negara duduk berehat di dalam kem sambil bersembang. Antara yang menjadi buah mulut mereka termasuk senjata api yang diguna pakai mereka, kebudayaan dan keadaan negara China, dan lain-lain.

Melalui eksesais ini, PLA dan ATM bukan sahaja berkongsi kepakaran serta pengalaman dalam menjalankan latihan demonstrasi pertempuran di hutan, yang lagi penting ialah mereka menjalin ikatan persahabatan yang amat kukuh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China