Cari:
Lapan Cedera Pertempuran di Myanmar
2016-11-28 11:56:18 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sekurang-kurangnya lapan orang cedera akibat terkena tembakan dan meriam katak dalam serangan yang dilancarkan oleh kumpulan bersenjata etnik minoriti Tentera Kemerdekaan Kachin (KIA) dan Tentera Pembebasan Kebangsaan Ta'ang di bandar Muse dan Kutkai, utara wilayah Shan, Myanmar, berhampiran dengan China pada 27 November lalu.

Pada hari yang sama, kerajaan Myanmar mengumumkan seorang anggota kumpulan bersenjata etnik minoriti yang berniat untuk memusnahkan jambatan berjaya ditangkap dan ditahan oleh tentera Myanmar di Muse.

Sebelum ini, Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 23 November lalu telah melahirkan rasa kesal dan simpati terhadap rakyat jelata yang terkorban dan cedera dalam pertempuran di wilayah Shan. Suu Kyi turut menyatakan bahawa kerajaannya masih mengalu-alukan penglibatan semua pihak dalam proses damai Myanmar bagi mendorong penamatan krisis domestik tersebut melalui pemeteraian perjanjian gencatan senjata.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China